Apakah Itu Wasiat?
- Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya, ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlakunya kematian.
- Merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
- Wasiat berkuatkuasa selepas kematian. Oleh itu, wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat.
Kelayakan Berwasiat
- Telah mencapai umur 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah)
- Orang sempurna akal (waras)
- Bertindak sukarela dan tidak dipaksa
Syarat Harta Diwasiatkan
- Sesuatu boleh dijadikan harta pusaka
- Sesuatu yang bernilai
- Sesuatu yang boleh dipindahmilik selepas kematian
- Sesuatu yang wujud dan milik pewasiat
Perkhidmatan Wasiat MAAB
Islam
- Dengan adanya Wasiat, 1/3 daripada harta dapat diberikan kepada Bukan Waris
- Kaedah pembahagian secara muafakat boleh digunapakai setelah mendapat persetujuan semua waris
Konvensional
- Akta Pembahagian 1958 digunapakai sekiranya tiada dokumentasi Wasiat bukan Islam
- Bebas mengagihkan kepada mana mana waris, bukan waris dan organisasi
Fasa Pelaksanaan Wasiat MAAB
Fasa 1: Pemakluman Kematian
Fasa 2: Pembacaan / Persetujuan Wasiat
Fasa 3: Pengesahan Aset & Geran Probet (Mahkamah)
Fasa 4: Penghasilan / Pembahagian / Perintah Pembahagian
Fasa 5: Pusaka Selesai
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.
Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!