Baru baru ini pejabat saya dikunjungi oleh seorang sahabat lama. Beliau nak sangat tengok pejabat agensi saya sambil bawa kereta Merc baru beliau untuk saya test drive.
Apa yang saya kagum dengan beliau, kalau orang tak kenal mungkin ingat dia orang biasa-biasa. Handphone beliau pun handphone android biasa dengan casing murah yang dah kehitaman dan beliau tak kisah pun tentang gajet. Lantak, asal boleh guna untuk buat call dan buat kerja. Tak ada masa untuk dia main sosial media, cuma kadang-kadang buka sikit sikit. Tak ada iPad atau tablet, semua pekerja handle tugas tugas admin. Kerja beliau monitor dan pastikan kerja jalan.
Bab duit dan simpanan dia sangat membanggakan saya. Dia salah seorang pelanggan CIMB Preferred. CIMB Preferred tu apa pula. Begini, setiap bank mempunyai segmen Priority Banking untuk orang yang banyak duit. Kalau orang tu banyak duit kad ATM, kad kredit, buku cek, semuanya lain. Depan bank pula tersedia parking khas untuk pelanggan priority banking. Maksud disini duit beliau banyak dalam bank.
Bab bisnes pula, beliau ada kedai runcit, pembekalan pekerja asing, rangkaian perniagaan makanan segar untuk pasar malam, kedai langsir di Nilai 3, syarikat construction dan macam macam lagi. Hampir dua jam berborak dan terpaksa berhenti sebab Maghrib dan saya terpaksa bergegas untuk buat training kepada team takaful saya.
Sejak dari dulu beliau yang saya kenali, duit dalam bank berkepuk kepuk, baju dan kereta mesti lawa selalu, gadget tak penting, rumah & dekorasi tak penting asalkan dapat rehat dengan selesa, network mesti selalu kuat dan besar, bisnes mesti tip top.
Seronok sangat bila berborak dengan beliau dan membuatkan saya rasa sangat bersemangat. Bila kita pilih kawan yang berjaya, walaupun mereka tak bagi duit kat kita, semangat dan aura mereka tu membuatkan kita rasa kita sudah berjaya macam mereka. Lain pula kalau kita berkawan dengan orang yang tiada pencapaian dan suka mengkritik orang sana-sini ibarat dialah yang terpaling bagus dari segala segi. Lepas kita jumpa orang macam ni kita akan rasa sangat lemau dan tak bermotivasi.
Apa yang saya dapat bezakan objektif kehidupan dan perancangan kewangan orang yang berjaya dan biasa-biasa adalah sangat-sangat berlainan. Orang yang berjaya sentiasa pastikan kecairan duit mereka dan pelaburan masa depan mereka. Anytime kalau nak duit ada je tanpa masalah. Perkara lain seperti gadget, rumah yang beliau tinggal adalah bukan keutamaan kerana ianya tidak menjana wang.
Orang biasa-biasa pula suka menghabiskan wang yang mereka dapat. Gaji naik tetapi sentiasa tak cukup duit sebab sentiasa tambahkan perbelanjaan. Simpanan tidak diutamakan kerana dalam fikiran sentiasa bersandarkan wang KWSP yang bakal diterima ketika usia persaraan. Contohnya bila dapat gaji besar, beli kereta baru, bila dapat bonus beli handphone baru, buat renovasi rumah, enjoy makan mewah mewah dan akhirnya tiada simpanan dan pelaburan yang berkongsepkan money works for money.
Ramai je orang kaya pakai handphone canggih dan mahal, bagi mereka satu keperluan untuk berhubung tetapi tak ada apa untuk mereka banggakan dan kejar untuk upgrade setiap tahun. Orang biasa-biasa pula sangat bangga dapat beli dan guna handphone mahal sampaikan tengok orang pakai casing handphone murah pun jadi bahan kutukan.
Kalau kita sentiasa berbelanja, akhirnya kita akan jadi hamba duit. Tetapi kalau kita bijak menguruskan kewangan, duit jadi hamba kita. Kita bukan bekerja untuk duit tetapi duit dan orang lain yang bekerja untuk kita. Untuk capai tahap ini kena berkorban dahulu untuk kembangkan bisnes dan menabung untuk simpanan dan pelaburan.
Pesanan untuk diri sendiri.