Setiap kali hujung tahun saya selalu remind client dan kawan kawan yang bayar tax tinggi untuk tidak lupa dapatkan pelepasan cukai RM3000 yang kerajaan berikan ni untuk pencarum PRS.
Kalau diikutkan untuk RM3000 ni tak boleh pun cover kos minyak dan tol untuk serahkan dokumen buka akaun di kaunter. Tetapi sebab minat untuk beri kesedaran dan fikirkan tanggungjawab sebagai perunding kewangan saya buat juga.
PRS adalah Private Retirement Scheme atau Skim Pelaburan Swasta yang kerajaan Malaysia sediakan melalui penubuhan PPA – Private Pension Administrator. PPA mula melantik beberapa fund house untuk menyediakan dana untuk PRS.
Usaha ini dilakukan memandangkan rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai jumlah wang yang cukup untuk bersara. Jadi simpanan PRS ini merupakan tambahan sukarela kepada tabungan KWSP dan Skim Pencen Kerajaan yang bakal diterima oleh pesara.
Rakyat boleh juga membuat simpanan biasa untuk persaraan seperti di dalam Tabung Haji, ASB, Unit Amanah dan sebagainya tetapi jarang yang berdisiplin dan kerap mengeluarkan wang simpanan mereka. Sebab itulah kerajaan memberikan pelepasan cukai RM3000 ini untuk menggalakkan rakyat mencarum.
Bagi mereka yang bijak, tentulah akan mengambil peluang mencarum untuk persaraan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah bayaran cukai tahunan.
Melalui PRS, wang persaraan akan dibayar ketika mencecah umur 55 tahun. Jadi ia memaksa pencarum untuk berdisiplin. Akaun PRS ini juga dipecahkan kepada 2 akaun iaitu Akaun A dan Akaun B.
Akaun A hanyalah boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai umur 55 tahun. Manakala Akaun B pula boleh dikeluarkan untuk tujuan seperti perumahan, kesihatan dan tujuan umum. Walau bagaimanapun pengeluaran untuk tujuan umum tertakluk kepada penalti cukai 8% dari jumlah pengeluaran untuk mengelakkan pencarum mengeluarkan wang persaraan mereka sesuka hati.
Kepada yang dah terlepas untuk dapatkan pelepasan cukai tahun ini, boleh fikir fikirkan untuk tahun depan. Kalau rasa RM3000 tu berat untuk dikeluarkan sekaligus, boleh buat ceruman bulanan secara auto debit.
Nak tahu lebih lanjut? Jom dm saya.