SALAM PERKENALAN

Nama sebenar saya adalah Abdullah Jafri bin Ab Ghani tetapi ramai yang suka memanggil saya dengan nama singkatan iaitu AJ.  Jadi lama kelamaan nama saya dikenali sebagai Jeff AJ.

Saya menceburi diri dalam bidang kewangan pada tahun 2011 sebagai Perunding Unit Amanah bersama syarikat CWA.  Pada tahun 2012 saya mengembangkan dunia kewangan dalam bidang takaful, selari dengan arah syarikat ketika itu yang bekerjasama dengan syarikat AIA Public Takaful.  Pada Januari 2015, saya dinaikkan pangkat sebagai Group Agency Manager dan membuka agensi sendiri di Sepang.  Agensi saya dinamakan sebagai Elite Financial Group.

Pada pertengahan tahun 2015, saya menyertai Hong Leong MSIG Takaful diikuti dengan Phillip Capital Services pada Oktober 2021 dan Phillip Mutual Berhad pada Jul 2022 disebabkan kerana saya lebih tertarik dengan syarikat-syarikat ini yang bagi saya menyediakan lebih pilihan produk yang hebat untuk para pelanggan. Selepas enam bulan berada dalam Hong Leong MSIG Takaful, saya dinobatkan sebagai Chief Takaful Consultant paling cemerlang dalam tempoh 6 bulan pertama.

Setiap tahun saya berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara atau berada dalam senarai 3 teratas bagi kategori Chief Takaful Consultant terbaik di Hong Leong MSIG Takaful.

Sehingga kini saya telah empat Chief Takaful Consultant (CTC/AM) di Hong Leong MSIG Takaful dengan jumlah agency force bagi semua unit di bawah struktur saya melebihi 500 orang.

Matlamat saya adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan kewangan yang berjaya.

Mengapa Perancangan Kewangan?

Saya memilih perancangan kewangan kerana bagi saya tanpa ilmu dalam merancang kewangan, ekonomi kita tidak akan kukuh dan kita tidak mempunyai daya saing yang tinggi.  Untuk itu saya sentiasa berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya merancang kewangan secara berhemah.

Saya memilih Hong Leong MSIG Takaful adalah kerana syarikat ini mempunyai produk-produk simpanan dan perlindungan yang menarik.  Produknya memenangi anugerah The Most Outstanding Takaful Product serta Hong Leong MSIG Takaful sendiri telah memenangi anugerah The World Halal Brand dan Anugerah Mesra Pengguna.

Manakala untuk RHB Asset Management pula, ianya merupakan one-stop-centre di mana ianya mempunyai dana-dana yang sesuai bukan sahaja untuk individu, malah untuk syarikat korporat juga.  RHB Asset Management juga mempunyai produk Skim Persaraan Swasta atau PRS, pengurusan harta melalui RHB Trustee dan juga Pembiayaan ASB dengan kerjasama bersama RHB Islamic Bank.

Perancangan kewangan mestilah merangkumi aspek mengembangkan harta dengan menjadikan duit bekerja untuk duit, melindungi harta dengan mencipta aset segera serta merancang pengagihan harta melalui penulisan wasiat, hibah harta, hibah tunai, hibah takaful serta pengurusan harta pusaka.

 

Hubungi saya di: