Kemalangan tidak dijangka, lindungi diri anda setiap masa!
Kehidupan boleh berubah di luar jangkaan apabila kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. HLM Takaful i-AcciPlus adalah pelan perlindungan kemalangan komprehensif selama 20 tahun yang melindungi anda jika berlaku koma, kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) akibat kemalangan, melindungi anda di saat hari sukar.
Tambahan pula, memandu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan berada di jalan raya adalah sebahagian daripada rutin harian. Sama ada memandu ke tempat kerja, menghantar anak-anak ke sekolah, “balik kampung” semasa musim perayaan atau dalam perjalanan untuk percutian, anda akan sentiasa dilindungi dengan HLM Takaful i-AcciPlus, membolehkan anda mengembara dengan minda yang tenang.
01
Perlindungan Kemalangan Komprehensif Untuk Anda.
- Dapatkan perlindungan dengan pelan yang sesuai! Anda boleh memilih daripada 3 pelan pilihan untuk memenuhi keperluan anda.
02
100% Bayaran Balik Sumbangan semasa Kematangan.
- Terima 100% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar apabila sijil anda matang, dengan syarat tiada tuntutan pernah dibuat semasa tempoh perlindungan.
03
Tiada Pemeriksaan Perubatan
- Kelulusan permohonan anda tanpa perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
04
Tempoh Sumbangan Fleksibel
- Anda boleh memilih tempoh sumbangan 10 atau 20 tahun.
05
Perkhidmatan Nilai Tambahan
- Anda boleh memilih perkhidmatan di bawah di mana amaunnya akan ditolak daripada manfaat yang akan dibayar di bawah sijil anda sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau TPD dan dibayar kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik.
YURAN DAN CAJ
- Yuran Wakalah
Yuran Wakalah adalah yuran pentadbiran yang ditolak daripada sumbangan untuk membayar perbelanjaan pengurusan dan kos pengedaran langsung, termasuk komisen. Peratusan Yuran Wakalah berbeza mengikut tahun sijil seperti yang ditunjukan di bawah:
- Tabarru’
Tabarru’ yang telah ditentukan berdasarkan tempoh pembayaran sumbangan dan tahun sijil akan ditolak daripada sumbangan. Kadar Tabarru’ adalah tidak kekal pada tahap yang sama dan tidak dijamin. Jumlah Tabarru’ adalah bersamaan dengan sumbangan ditolak Yuran Wakalah.
- Caj Serahan
Caj serahan berikut adalah terpakai bagi semua tempoh sumbangan yang ditawarkan di bawah pelan ini:
Ingin tahu lebih lanjut mengenai HLM Takaful i-AcciPlus? Boleh lah download brochure lengkap mengenai pelan yang hebat ini disini atau layari https://www.hlmtakaful.com.my/. Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut boleh Klik Disini.