https://www.youtube.com/embed/JGQpjPIplUo?feature=player_embedded Pada 15 Januari 2020 baru-baru ini telahpun berlangsung acara NYKO iaitu New Year Kick Off untuk RHB Asset Management. Ini merupakan acara tahunan setiap syarikat pengurusan unit amanah mahupun syarikat insurans dan takaful. Tujuan acara NYKO ini adalah untuk memberitahu para perunding syarikat mengenai contest yang disediakan untuk tahun 2020, negara-negara yang bakal dilawati oleh perunding Acara NYKO RHB Asset Management kali ini telahpun berlangsung dengan meriahnya di Nexus Bangsar South dengan bertemakan Denim & Diamond. Acara ini bermula pada jam 2 petang. Para perunding unit amanah RHB Asset Management mengambil peluang bergambar di photo booth yang disediakan.
Tepat jam 3 petang dewan ballroom telahpun dibuka dan para perunding mengambil tempat masing-masing. Program ini dimulakan dengan persembahan opening gambit dan ucapan-ucapan dari Group Managing Director, Ms Eliza Ong dan juga dari Chief Agency Officer iaitu Mr. Chan Kok Hin. Selepas itu anugerah telahpun diberikan kepada mereka yang berjaya untuk tahun 2019 iaitu bagi kategori jualan tertinggi kumpulan, jualan tertinggi peribadi, top recruiter dan lain lain lagi.
Setelah selesai sessi penganugerahan bagi mereka yang mencapai kecemerlangan di dalam RHB Asset Management, majlis diteruskan dengan pengumuman untuk contest terbaru tahun 2020. Kali ini RHB Asset Management telahpun mengejutkan semua dengan mengumumkan destinasi untuk Regional Sales Convention iaitu di Perth, Australia dan juga destinasi Premier Sales Convention di New York, USA!
Semua perunding sangat-sangat bersemangat dan begitu senang hati dengan pengumuman yang dibuat itu terutamanya perunding dari Millionaire Thrivers Group di bawah bimbingan GAM Jeff AJ dan juga kumpulan-kumpulan dibawah naungan beliau yang lain termasuk kumpulan Maqbul Financial Group yang diketuai oleh Dato Hamzaki. Semoga tahun 2020 ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kumpulan kami.