Adakah anda tercari-cari untuk melabur dalan pelan yang terbaik untuk maksa hadapan? Seperti yang kita sedia maklum, untuk masa hadapan dan juga untuk memastikan kesinambungan warisan kita haruslah mempunyai simpanan yang mampu memberikan pulangan yang cantik dan kita juga harus mempunyai satu pelan perlindungan untuk melindungi diri kita seandainya berlaku perkara yang tidak diingini dan kita tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan mahupun menyimpan untuk masa hadapan.
Pelan simpanan i-Care Hasanah
Dengan pelan simpanan i-Care Hasanah, anda tidak perlu lagi risau kerana pelan ini boleh memberikan semua faedah di atas kerana ia mempunyai pulangan berganda untuk jangka masa panjang. Pelan ini juga memberikan bayaran tunai yang tinggi dari akhir tahun pertama menyimpan bagi memberi peluang kita membuat pelaburan di mana-mana tempat yang kita sukai atau boleh juga dilaburkan semula di dalam pelan simpanan ini untuk memastikan nilai matang yang tinggi. Malah, sekiranya apa-apa terjadi kepada diri kita, kita juga mampu meninggalkan sejumlah simpanan yang besar dalam bentuk hibah untuk keluarga kita. Sebab itulah i-Care Hasanah memenangi anugerah The Most Outstanding Takaful Product in Malaysia di KLIFF pada tahun 2016.
Anugerah di KLIFF 2016 untuk i-Care Hasanah
Bagaimana i-Care Hasanah ini boleh memberikan faedah sedemikian rupa? Ini kerana ciri-ciri yang ada dalam i-Care Hasanah yang memang sangat hebat seperti di bawah:
- Pilihan tempoh simpanan cuma 8 atau 10 tahun namun tempoh sijil sehingga 20 tahun.
- Rebat Tunai (Bantuan Sara Hidup) sehingga 50% dari jumlah simpanan tahunan bermula dari tahun pertama menyimpan sehingga ke tarikh matang tahun ke 20 walaupun kita sudah berhenti menyimpan pada tahun ke 20.
- Pilihan untuk mengeluarkan rebat tunai atau dilaburkan semula.
- Perlindungan hayat untuk tempoh 20 tahun sedangkan tempoh caruman cuma 8 atau 10 tahun sahaja.
- Nilai simpanan berganda sekiranya rebat tahunan dilaburkan semula kerana ini adalah pelan simpanan berkait pelaburan.
- Servis tambahan iaitu Badal Haji, Khidmat Waqaf dan Ibadah Qurban sekiranya berlaku kematian, bagi pihak yang dilindungi
1. Pilihan Simpanan 8 atau 10 Tahun Untuk Tempoh Sijil 20 Tahun
2. Rebat Tunai sehingga 50% setahun selama 20 tahun bermula dari tahun pertama
Anda boleh memilih untuk menerima rebat ini bermula pada akhir tahun pertama atau akhir tahun ke 8 atau 10 sehingga tahun ke 20.
Nilai rebat ini anda boleh pilih untuk dilaburkan semula sehingga ke tarikh matang iaitu tahun ke 20 atau dikreditkan secara terus ke akaun simpanan anda di mana-mana bank di Malaysia. Menarik kan?
3. Nilai Simpanan yang Hebat dan Perlindungan Yang Tinggi!
4. Khidmat Tambahan untuk Amal Jariah Anda!
Hebat kan pelan simpanan i-Care Hasanah ni? Nak tahu lebih lanjut? Jom hubungi team kami di sini: http://elitefin-group.com/hubungikami. Hanya tap di gambar perunding yang anda sukai dan anda boleh berhubung terus dengan mereka!