Dalam bisnes, semuanya bermula dari MINDSET. Sebab tu pergilah mana-mana seminar atau bimbingan usahawan, mereka akan suruh betulkan MINDSET.
MINDSET untuk timbulkan keinginan supaya kita berjaya, kaya, hebat.
Dari MINDSET itu lahirlah usaha untuk belajar bersungguh-sungguh selok belok bidang yang kita ceburi supaya berjaya.
MINDSET orang yang nak berjaya berbeza dengan MINDSET orang yang sekadar inginkan pendapatan tambahan. Lalu ditafsirkan dalam bentuk USAHA mereka yang berbeza juga.
Saya tak punya MINDSET untuk berjaya dengan menjual barangan. Sebab itulah saya tidak punya usaha untuk menjual. Mungkin bila saya ada MINDSET untuk itu, usaha saya akan berubah.
MINDSET saya adalah dalam bidang Financial Planning. Sebab itulah saya sentiasa mengambil contoh MENTOR dalam bidang ini. Saya letakkan sepenuh MINAT & USAHA untuk mendalami produk yang saya bawa supaya saya boleh berikan yang terbaik.
Saya belajar bukan sahaja belajar teknik untuk menjual produk kewangan tetapi juga kualiti produk, intipati produk, kesesuaian produk sepenuj hati supaya saya dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan KEPERLUAN klien saya, bukan asbab KEPERLUAN poket saya.
Sebab itulah saya sanggup tinggalkan syarikat yang menyediakan produk sampah kerana bukan sahaja ianya tidak memberikan nilai kepada klien saya bahkan memberikan tekanan kepada saya kerana memberikan saranan yang salah untuk masa depan klien.
Apabila kita buat kerja dengan IKHLAS, rezeki tetap ada bersama kita. Allah bawakan orang orang yang hebat dan baik-baik untuk berada disekeliling kita. INSYAALLAH.