Sejak pertengahan 2020, pihak Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance telah melancarkan permohonan takaful tanpa bersemuka untuk mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan mengelakkan para pelanggan berjumpa dengan perunding takaful bagi mengekang jangkitan Covid-19.
Untuk menggantikan tandatangan, para pelanggan takaful hanya perlu berswafoto sambil memegang kad pengenalan NRIC, surat beranak, passport dan pengenalan diri yang diperlukan.
Ruangan tandatangan akan digantikan dengan perkataan SPECIAL EVENTS. Walaubagaimanapun, selepas berakhirnya PKP, pelanggan tetap diminta untuk mengisi borang dan menandatangani borang permohonan untuk rekod simpanan pihak Hong Leong MSIG Takaful.
Selain dari itu pelanggan juga boleh mengisi borang takaful secara manual dan menandatangani nya menggunakan applikasi Adobe Acrobat Reader Fill and Sign di komputer ataupun menggunakan applikasi Fill & Sign di smartphone.
Jadi, tidak ada halangan untuk anda mendapatkan perlindungan takaful semasa musim covid dan PKP. Saya nasihatkan supaya anda mengambil perlindungan takaful kerana ada beberapa sebab seperti berikut.
- Sekiranya kita ditimpa Covid 19 dan meninggal dunia, kemungkinan besar simpanan kita masih belum cukup untuk keluarga kita meneruskan kehidupan mereka tanpa ada nya kita disisi.
- Anda dapat faedah tambahan iaitu RM200 sehari untuk Covid-19 sekiranya anda dikuarantinkan di hospital atau mana-mana pusat kuarantin (kecuali di rumah).
- Jangkitan Covid-19 yang teruk boleh menyebabkan penyakit – penyakit lain seperti masalah paru-paru dan organ yang lain. Apabila anda sudah mempunyai penyakit, agak sukar untuk memohon kad perubatan kemudian hari.
- Tidak ada tempoh menunggu untuk mendapatkan faedah Covid-19 sekiranya anda terkena jangkitan dan terpaksa dimasukkan ke kuarantin.
- Anda boleh memilih untuk membuat hibah sahaja serendah RM50 sebulan sebagai bekal untuk keluarga tersayang atau sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, boleh tambahkan medical card dalam pelan tersebut.
Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di http://wasap.my/60123023433