Event RHB AM

RHB Asset Management NYKO 2018

Alhamdulillah, hari ini berakhir sudah penantian kami sebagai perunding unit amanah di RHB Asset Management.  NYKO ini bermaksud New Year Kick Off yang dibentangkan oleh pihak pengurusan dengan pelbagai peraduan atau cabaran yang harus kami semua capai untuk mendapatkan ganjaran yang menarik setiap tahun.


Sebagai perunding unit amanah, percutian ke luar negara merupakan lumrah. Jadi, setiap tahun kami sentiasa tertunggu-tunggu ke manakah destinasi yang seterusnya. Percutian anjuran syarikat unit amanah terutamanya oleh RHB Asset Management sangat-sangat menarik dan bertaraf lima bintang. Semua perunding hanya perlu membawa wang saku untuk membeli belah di luar negara kerana segala perbelanjaan lain telahpun di tanggung oleh pihak syarikat.

Untuk peraduan 2018, hadiah utama merupakan percutian percuma ke Paris. Seronok kan…? Manakala untuk perunding-perunding baru, mereka layak untuk mencapai satu lagi percutian tambahan percuma iaitu percutian ke Shanghai dan Hang Zhou.

Sebahagian dari Perunding Unit Amanah Kami Yang Hadir

Pengumuman ini selalunya diadakan dengan gaya yang meriah dan mendebarkan kerana semua perunding tertunggu tunggu dan tertanya tanya ke manakah destinasi yang mereka akan lawati pada tahun hadapan.

Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou
Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou
Regional Convention Trip 2018

Pengumuman trip ke Paris

Premier Convention Trip 2018

Bergambar di Photo Booth sebelum majlis bersurai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *