Alhamdulillah… pada 5-7 Oktober lepas kami telahpun berlepas ke Chiang Mai atas tajaan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Percutian percuma ini diberikan oleh CWA untuk perunding-perunding kewangan baru yang mencapai kutipan pelaburan saham amanah terkumpul sebanyak RM380,000 dalam tempoh setahun untuk melayakkan diri menerima satu tiket, manakala RM800,000 pula diperlukan untuk menerima dua tiket percutian percuma. Saya merasa sangat bertuah kerana berada dibawah bimbingan Group Agency Manager tersohor iaitu Puan Fiona Tahir dan juga Agency Manager, Arma Wahab. Hasil bimbingan mereka saya layak mendapat 2 tiket percuma untuk ke Chiang Mai ini dalam masa cuma enam bulan sahaja.
Pada hari kedua pula kami telah dibawa ke kawasan perlindungan gajah untuk menaiki gajah dan melihat pelbagai aksi menarik gajah-gajah jinak di sana.
Kemudian kami telahpun dibawa ke ladang bunga orkid untuk melihat sendiri keindahan bunga kebanggaan negara Siam itu.. Terdapat banyak bunga-bunga orkid dari pelbagai spesis dan juga rama-rama yang cukup berwarna-warni… Pengalaman yang sungguh hebat dan sukar dilupakan.

Setelah selesai menikmati keindahan flora dan fauna, kami dibawa pula ke kilang pemerosesan batu-batu permata bernilai… Apa lagi, ramai yang mengambil peluang untuk membeli belah barang-barang kemas di sana…
Kalau singgah ke Chiang Mai, tidak sah kalau tidak membeli produk madu lebah yang cukup asli dari kawasan pergunungan.. Madu tersebut dihasilkan dari lebah yang mengambil manisan dari bunga-bungaan yang cukup berkhasiat.. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk lebah di sana boleh lah merujuk kepada risalah ini… cuma klik pautan risalah madu lebah Chiang Mai ini.
Insyaallah.. tahun depan kami akan pergi ke San Francisco… Amin….
Kepada mereka yang berminat untuk memiliki kerjaya hebat seperti ini, boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-3023433 atau emel jeffaj.office@gmail.com. Anda juga boleh menghubungi agensi kami iaitu Charisma Agency. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.elitefin-group.com
Untuk koleksi gambar album lawatan ke Chiang Mai, sila klik pautan di sini: Album Chiang Mai