General

Krisis Eurozone Secara Mudah

Sejak menyertai Euro pada tahun 1999, kerajaan Greece dan Portugal (di kalangan pesalah lain) telah menghabiskan BANYAK wang. Ketika tempoh ekonomi dalam keadaan baik, bukan menjadi masalah kepada bank-bank dan pelabur-pelabur untuk meminjamkan mereka wang pada kadar yang murah dan sektor awam mereka juga berkembang secara berlebihan.

Apabila krisis kewangan melanda, masalah sampai ke kemuncak. Tahap hutang di Portugal, Itali dan Greece menjadi tidak mampan, dan cukai-cukai yang diterima tidak lagi cukup untuk membayar bil-bil.

Greece, Portugal, dan Ireland masih berjuang untuk membawa hutang awam di bawah kawalan mereka, selepas menerima berbilion-bilion Euro dalam bantuan bailout daripada Suruhanjaya Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan Bank Pusat Eropah (atau Troika). Sebahagian daripada bantuan ini telah disediakan melalui Kenderaan Tujuan Khas yang dipanggil Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EFSF).

Kerajaan Negara-negara ini memerlukan wang tersebut kerana ia menjadi terlalu mahal bagi mereka untuk meminjam wang tunai di pasaran terbuka, dengan spekulator yang menuntut kadar yang tinggi untuk pinjaman dan peniaga juga bertaruh dengan cara yang tidak wajar.

Bantuan wang peringkat awal  dapat membantu kerajaan-kerajaan menaikkan semula bank-bank dan membayar bil-bil mereka.

ECB juga mula membeli bon kerajaan di pasaran sekunder untuk mengekalkan kos pinjaman yang rendah.

Tetapi sekarang Greece memerlukan lebih modal untuk kekal bertahan. Para pemimpin EU telah bersetuju pada bulan Julai bahawa “selective default” adalah satu-satunya pilihan untuk Greece. Di bawah keadaan ini, negara-negara kawasan Euro akan menjamin pembayaran hutang Greece, tetapi sektor swasta akan menanggung kerugian – “hair cut” – untuk pegangan hutang mereka, mengurangkan nilai muka untuk segala pegangan.
Itali dan Sepanyol kini juga tidak kurang diperbahaskan. Kedua-dua Negara ini mempunyai tahap hutang awam yang luar biasa (120% pada tahun 2010) dan telah dihancurkan dengan masalah perumahan dan seterusnya krisis perbankan.
Perjanjian Julai juga mengembangkan EFSF kepada € 440 bilion dan membenarkan ECB untuk membeli bon kerajaan Sepanyol dan Itali.

Semua masalah ini kini memberi kesan kepada sector perbankan. Bon kerajaan di negara-negara PIIGS (Portugal, Ireland, Itali, Greece, dan Sepanyol) – yang mana pada beberapa tahun lalu telah diberi nilai yang sangat tinggi  telah merudum, menjadikan bank-bank bimbang dengan pinjaman  yang melumpuhkan itu.  Pelabur berhati-hati tentang akibat kelalaian Greece ini (dan lain-lain masalah ekonomi) tidak sanggup untuk meminjam wang tunai kerana ianya menyebabkan krisis kecairan modal. Ini adalah mewujudkan satu kitaran yang teruk dan syarat-syarat pembiayaan menjadi lebih ketat.

Ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di pinggir kawasan Euro tetapi dalam negara-negara utama seperti Jerman dan Perancis, yang telah sentiasa memastikan perbelanjaan mereka di bawah kawalan. Mereka menjadi marah walaupun keduanya dipersalahkan kerana membiarkan PIIGS berbelanja dengan bebas ketika ekonomi dalam keadaan baik. Mereka tidak mahu mencetak lebih banyak wang untuk membolehkan PIIGS mendapatkan pajakan percuma kerana ia akan mengempiskan nilai aset mereka sendiri. Pembayar cukai juga tidak mahu wang mereka itu disalurkan dengan begitu sahaja.
Namun begitu mereka juga akan terjejas teruk sekiranya Greece ingkar dan sistem perbankan runtuh.

Artikel ini saya terjemahkan dari artikel “The Eurozone Crisis For Dummies” dari website Business Insider.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *