Pelan Perlindungan Harta atau Hibah

Pelan Simpanan & Hibah i-Flexi Protect

i-Flexi Protect merupakan pelan simpanan takaful keluarga asas yang bermula dari RM60 sebulan dan perlindungan minima RM10,000.

Sesuai untuk mereka yang ingin meninggalkan hibah yang besar untuk keluarga kerana tiada had perlindungan hibah yang ditetapkan atau untuk mereka yang ingin memulakan perlindungan asas dengan caruman yang rendah.

Pelan ini boleh menjadi komprehensif dengan menambah rider-rider seperti perlindungan kemalangan peribadi, kad perubatan Medi Auni, perlindungan penyakit kritikal dan lain-lain.

Pelan Perlindungan Aset & Hibah Besar

i-Heritage Protector merupakan satu perlindungan khas yang dibuat khas untuk mencipta aset segera atau hibah dalam jumlah yang besar tetapi caruman yang pendek dan sederhana serta kadar pemeriksaan perubatan yang agak tinggi.  Jadi anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan sekiranya anda mengambil pelan ini sehingga RM3 juta ringgit.  

Pelan ini juga memberikan perlindungan untuk kematian akibat kemalangan sehingga 2 kali ganda dan kematian semasa mengerjakan haji dan umrah sehingga 3 kali ganda.

Pakej ini sesuai untuk dijadikan MLTA / MLTT atau gantian kepada MRTA / MLTA

Pelan Simpanan Jangka Pendek & Hibah

Pelan yang memenangi anugerah ini merupakan  simpanan paling diminati ramai. Pelan simpanan ini sesuai untuk mereka yang mahu menyimpan bagi tempoh masa yang sederhana, memberikan bayaran tunai tahunan secara tetap dan terjamin dan perlindungan hibah yang besar.

i-Care Hasanah memberikan anda peluang untuk menabung selama 8 atau 10 tahun sambil menerima rebat tunai sehingga 50% selama 20 tahun dari jumlah simpanan tahunan anda.

Sesuai untuk simpanan berjumlah RM500 sebulan dan ke atas.

Pelan Simpanan i-Jauhar

Pelan ini sesuai untuk anda yang inginkan tempoh simpanan paling singkat, atau simpanan yang berjumlah besar secara sekaligus.

i-Jauhar merupakan pelan simpanan takaful paling pendek.  Memberikan anda bayaran tunai secara tetap setiap tahun sehingga 300% dari jumlah Living Assistant Payout yang diperuntukan untuk semua pencarum setiap tahun sehingga 30 tahun!

Ianya juga sesuai untuk dijadikan simpanan secara berkala untuk persaraan atau kegunaan masa hadapan kerana tempoh simpanannya boleh dipilih selama 5, 10, 20 tahun.

Perlindungan hibah berganda untuk kematian akibat kemalangan. Sesuai untuk simpanan RM300 sebulan dan ke atas.

Pelan Perlindungan Perubatan

Pelan Perlindungan Kad Perubatan Persendirian dan Keluarga

Kad Perubatan Medi-Auni merupakan satu-satunya kad perubatan untuk individu dan keluarga yang memberikan perlindungan sehingga 3 Generasi dalam satu pelan dan sehingga 10 orang untuk dilindungi.

Perlindungan minimum RM1.12 juta setahun dengan Milllion Extra dan pilihan rawatan pakar di luar negara dengan tambahan Rawatan Luar Negara.

Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal

Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal dan Kecergasan

Pelan perlindungan penyakit kritikal paling murah dengan caruman serendah RM100 untuk setiap umur dan perlindungan penyakit kritikal sehingga RM1 juta ringgit*.  Tempoh menunggu serendah 30 hari sahaja.

Anda akan dibekalkan dengan fitness tracker untuk menggalakkan anda membuat aktiviti kecergasan dan anda akan diberikan mata ganjaran untuk ditukarkan dengan voucher membeli belah atau menonton wayang. Anda rajin anda dapat ganjaran, dan juga anda bertambah sihat! Itulah HLMT Fit CI.  Sentiasa Fit!